Opera Melancarkan Aplikasi Pelayar Sesawang Terbaru, Opera GX

Reading Time: 2 minutes

Opera GX adalah aplikasi pelayar sesawang pertama di dunia yang menyokong ciri permainan di atasnya.

Syarikat pembangun aplikasi pelayar sesawang bagi komputer dan peranti pintar, Opera hari ini telah mengumumkan kehadiran aplikasi pelayar sesawang terbaru yang dikenali sebagai Opera GX.

Apa ayang membezakan aplikasi terbaru dari Opera ini dengan versi pelayar lainnnya adalah ia merupakan aplikasi pelayar yang dilengkapi dengan ciri tetapan khusus bagi membolehkan pemain permaian tegar atas talian membuat tetapan bagi membolehkan mereka bermain permainan secara strim tersebut dengan lancar serta pada tahap prestasi dan kualiti visual terbaik.

Tetapan yang dibuat pula adalah berdasarkan kepada keupayaan perkakasan komputer yang digunakan mereka.

Opera GX is built for people who love games and spend a lot of time building their setups. We want to give them a browser to perfectly match their beautiful machines. I have a strong feeling this browser will resonate with the gaming world,” Opera.

Antara ciri utama yang ada pada pelayar Opera GX ini adalah ia dilengkai dengan panel yang membolehkan penggunanya menetapkan limitasi pengguna RAM serta kuasa cip pemprosesan komputer.

Tidak sepertimana aplikasi pelayar lain yang biasanya menggunakan kapasiti RAM yang tinggi, panel tetapan Opera GX membolehkan anda mengawal sepenuhnya limitasi penggunaan kuasa ke atas pelayar tersebut.

“...GX Control feature to make people’s games run more smoothly without requiring them to compromise on what they do on the Web,” Opera.

Anda juga boleh menselaraskan warna antaramuka Opera GX bersama dengan aksesori peranti komputer dari Razer.

Sesuai dengan tujuan kewujudan Opera GX ini yang khusus bagi peminat permainan video komputer, Opera turut mewujudkan sudut khas di dalam Opera GX  iaitu GX Corner yang memberikan informasi tentang berita berkaitan permainan video, tawaran istimewa jualan permainan video yang sedang berjalan dan banyak lagi bagi memudahkan para peminat tegar permainan video mendapat info terkini dengan pantas tentang dunia permainan video.

Opera telah pun mula menawarkan akses awal bagi mereka yang mahu mencuba Opera GX dengan memuat turun aplikasi tersebut secara percuma dari laman muka rasmi Opera GX bermula hari ini.

Walaubagaimanapun, ia hanya terhad untuk pengguna sistem operasi komputer Windows sahaja buat masa ini.

Opera GX masih dalam peringkat pembangunan dan versi penuhnya dijangka akan mula dilepaskan pada lewat tahun ini juga.

 

 

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *