Opera Dipilih Sebagai Pelayar Paling Selamat, PC Magazin

Reading Time: 2 minutes

Pelayar digunakan pengguna untuk mengunjungi laman sesawang mereka dan terdapat beberapa pelayar pilihan yang menawarkan ciri-ciri yang berbeza. Google Chrome merupakan produk pelayar dari Google, Firefox dari Mozilla, Opera pula dari Opera Software dan akhir sekali adalah Edge dari Microsoft. Pelayar yang baru disebut ini merupakan pelayar popular di kalangan pengguna internet dan terdapat juga pelayar-pelayar lain yang kebanyakkannya dari China.

Pengguna boleh terdedah dengan ancaman keselamatan lebih-lebih lagi apabila mereka melawati laman sesawang yang tidak dikenali. Laman-laman sesawang ini boleh mencuri maklumat peribadi pengguna tanpa pengetahuan mereka. Pelayar pada masa ini akan dilengkapi dengan fungsi keselamatan bagi menghalang pengguna dari masuk ke laman sesawang yang meragukan ini. Dalam banyak-banyak pelayar, Opera telah dipilih oleh sebuah majalah teknologi Jerman, Magazin sebagai pelayar terbaik untuk pengguna.

Opera dipilih selepas pelayar itu mempunyai fungsi ad-blocker yang terbina di dalam dan juga fungsi VPN yang disertakan sekali bersama pelayar memberikan pengguna privasi yang diperlukan mereka semasa melayari internet. Di tempat kedua pula adalah Chrome dari Google yang menampilkan ciri anti phising serta tetapan peribadi untuk setiap laman sesawang. Microsoft pula berada di tempat terakhir dengan Edge kerana mempunyai kelemahan dari pengurusan kata laluan dan cookies.

Sumber

 

Zacky Venge
Tentang Penulis

Seorang yang dicemburui oleh rakan biliknya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *