OpenSys Technologies Lancar buySolar - Platform Sehenti Penjualan Solar Dalam Talian

Baru-baru ini, OpenSys Technologies melancarkan buySolar iaitu platform sehenti penjualan solar dalam talian yang pertama di Malaysia. Platform dalam talian ini bertujuan untuk membantu pasaran pengguna akhir dengan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan dalam industri tenaga solar.

Selain itu, ia juga memperkasakan kedua-dua pengguna dan perniagaan dengan memberikan kebebasan dalam produk-produk solar dengan pembiayaan yang terbaik. Pelancaran tersebut dihadiri dan disokong oleh beberapa pihak berkepentingan utama. Antaranya adalah Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA), GSPARX Sdn. Bhd, TNBX Sdn. Bhd, CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank Berhad.

buysolar

Platform buySolar menawarkan perkhidmatan pemasangan solar dari status permohonan dalam talian sehingga ke penyenggaraan pengawasan dalam talian. Selepas memilih pembekal solar, pelanggan boleh memohon sebut harga dan pilihan pembiayaan dari bank yang berbeza.

Pengguna juga boleh menjejak kesemua proses di tapak dan melihat prestasi peralatan di papan pemuka mereka. Platform tersebut juga menampilkan ciri berhubung terbina yang membolehkan pengguna berhubung terus dengan penyedia solar masing-masing.

buysolar

Platform penjualan buySolar tersebut telah direka khas untuk menjadi platform perkhidmatan sehenti yang mudah untuk memberikan pelanggan akses kepada pelbagai pilihan dengan nilai yang terbaik. Para penyedia solar di platform ini telah dipilih dengan teliti oleh OpenSys Technologies, jadi pelanggan boleh meyakini kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

buySolar bukan sahaja mesra pengguna, malah ia juga membantu pelanggan mengoptimumkan penjimatan dengan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti. Dengan memasang panel solar, pelanggan boleh meraih manfaat penjimatan tenaga yang dianggarkan sebanyak 54% hingga 87%. Ia bergantung kepada jumlah tenaga yang digunakan dan saiz bumbung.

 

Berkaitan