Open Signal: Maxis Dan Celcom Masing-Masing Tawar Kelajuan Terbaik Untuk Muat Turun Dan Muat Naik

Open Signal kini sudah mengeluarkan laporan mengenai perkhidmatan rangkaian Malaysia bagi bulan April 2019, melibatkan lima syarikat pengendali rangkaian tempatan.

Jika laporan-laporan OpenSignal terdahulu menyaksikan Maxis berjaya menawarkan pengalaman dengan kelajuan terbaik (muat turun/muat naik), ia kini disaingi oleh Celcom yang mengambil alih prestasi bagi pengalaman muat naik. Sementara itu, Maxis kekal menyediakan pengalaman kelajuan muat turun terbaik.



Maxis dan Celcom juga dilihat setara dalam penawaran pengalaman video kepada pengguna, dimana kedua-duanya diiktiraf sebagai "Good". Ia bermaksud tempoh pendek untukĀ load dan prestasi konsisten bagi video resolusi rendah. Lain-lain pengendali hanya diberikan "Fair" dan "Poor".



Bagi kategori ketersediaan 4G, Celcom mendahului dengan 86.8% dan diekori rapat oleh Maxis. Walaupun berada ditempat terakhir, U Mobile dikatakan mula merapatkan jurang antara pesaing yang lain.



Analisis mengikut bandar turut dikongsikan melibatkan 11 buah bandar seperti...

  1. Alor Setar

  2. Ipoh

  3. Johor Bahru

  4. Kota Bharu

  5. Kuala Lumpur

  6. Kuala Terengganu

  7. Kuantan

  8. Kuching

  9. Melaka

  10. Pulau Pinang dan Seberang Perai

  11. Seremban


...dan Ipoh muncul dengan penawaran yang baik dari segi kelajuan muat naik dan muat turun.

Bagi ketersedian akses 4G yang meluas, Kuala Lumpur merekodkan penawaran lebih dari 80% dari hampir kesemua pengendali rangkaian.

Untuk laporan penuh boleh lanjutkan bacaan di OpenSignal.