Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Open Signal Keluarkan Keputusan Ujian Strim Video, Malaysia Berada 10 Terbawah

Open Signal Keluarkan Keputusan Ujian Strim Video, Malaysia Berada 10 Terbawah

Diterbitkan September 28, 2018 · Dikemas kini September 28, 2018 oleh Helmi Samsuri

Penstriman video semakin galak dilakukan oleh pengguna terutama sekali pada peranti mudah alih.

Berdasarkan data yang digarap dari laporan The State of Mobile Video yang dikeluarkan oleh Open Signal, kualiti keseluruhan penstriman video dalam negara hanya diletakkan pada kedudukan 10 terbawah ditemani negara jiran, Indonesia, Filipina dan beberapa negara lain.

Screen Shot 2018-09-28 at 3.50.31 PM

 

Open Signal menilaikan kadar kelajuan seperti dibawah:

  • 75-100 Cemerlang
  • 65-75 Sangat Baik
  • 55-65 Baik
  • 40-55 Sederhana
  • 0-40 Lemah

Menurut graf Perbandingan Pengalaman Video secara keseluruhan diatas, Malaysia memperoleh mata 46.76.

Namun begitu, Open Signal menyatakan walaupun internet laju, kualiti video mudah alih tidak semestinya baik. Seperti contoh Korea Selatan mempunyai kelajuan terpantas berbanding 69 negara lain tetapi pengalaman video di Republik Czech adalah paling baik.

Dalam laporan yang sama, Open Signal ada berkongsi Perbandingan Kelajuan Muat Turun Keseluruhan untuk rangkaian 3G dan 4G bagi setiap negara yang terlibat.

Screen Shot 2018-09-28 at 3.52.29 PM

Sumber: Open Signal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY