Ooops, Microsoft Tersalah Hantar Versi Kemas Kini Kepada Pengguna Windows 10

Kemas kini Windows 10 versi perniagaan dihantar kepada pengguna Windows 10 versi Pro dan Home. Tepuk dahi.


Microsoft telah melakukan kesilapan terbaru yang tidak sepatutnya berlaku. Tidak cukup dengan kemas kini bermasalah yang sering dihadapi pengguna Windows 10, kali ini Microsoft memburukkan lagi keadaan dan sekaligus memalukan diri sendiri apabila mereka telah tersalah hantar versi kemas kini kepada pengguna Windows 10.

Secara khususnya, fail kemas kini KB4523786 yang sepatutnya ditawarkan kepada pengguna Windows 10 versi perniagaan telah diberikan kepada para pengguna Windows 10 versi Pro dan Home.

Kemas kini tersebut adalah bagi menambah baik ciri Windows Autopilot yang secara khusus merupakan ciri yang hanya ada pada pengguna Windows 10 versi perniagaan sahaja.

Sungguhpun kemas kini tersebut tidak memberi kesan kepada pengguna Windows 10 Pro dan Home, tetapi kesilapan ini merupakan kesilapan terburuk dan paling  memalukan Microsoft setakat ini.

Malah pengguna juga membuat aduan dan berasa pelik dengan kemas kini yang diterima mereka.

https://twitter.com/IntuneSuppTeam/status/1187834993633976321

Pihak microsoft telah sedia maklum akan kesilapan mereka. Jadi sekiranya anda ada melihat fail kemas kini KB4523786 ada ditawarkan kepada anda yang bukan pengguna Windows 10 versi perniagaan, jangan pula memasang kemas kini tersebut.

Sumber: TechSpot