Ookla, salah satu platform pengendali ujian kepantasan internet, telah berkongsi kepada umum indeks kelajuan internet global untuk bulan November yang lalu.
Terdapat dua kategori kelajuan yang dikeluarkan yakni kelajuan internet mudah alih dan satu lagi kelajuan internet melalui talian jalur lebar tetap (kabel).
Bagi kategori mudah alih, Malaysia berada pada tangga ke-74 dengan kelajuan muat turun 15.64Mbps dan muat naik pada 8.19Mbps.
Kelajuan internet talian jalur lebar tetap pula meletakkan negara pada kedudukan 62 dengan kelajuan muat turun pada kadar 22.26 Mbps manakala muat naik direkodkan pada 15.04 Mbps.
Jika diperhati pada graf yang dikongsiĀ oleh Ookla, kelajuan internet negara secara bulanan bagi kedua-dua kategori dilihat meningkat secara konsisten.
Berikut merupakan purata kelajuan internet global bagi...
- Internet mudah alih - Muat turun 20.28Mbps / Muat naik 8.65Mbps
- Jalur lebar tetap - Muat turun 40.11Mbps / Muat naik 19.96Mbps
Imej dibawah adalah senarai 10 negara dengan internet terpantas pada bulan November 2017 yang lalu.
Sumber: Ookla
Berkaitan
- OPPO R9s Plus Dilancarkan Di Malaysia 1 Mac Ini
- realme Book Akan Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM2499 Pada 27 Ogos Depan
- Laman Pra Tempah IPhone 7 Dan IPhone 7 Plus Di Malaysia
- ASUS Malaysia Umum VivoBook Ultra K403, Harga Bermula Dari RM2699
- OnePlus 7 Pro Dijual Pada Harga RM2999 Hingga RM4199 Untuk Pasaran Malaysia
- Harga Vivo V7+ Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan
- Xiaomi Malaysia Tawar Promosi Beli 1 Percuma 1
- Apple Kemaskini Harga Jualan IPhone Di Pasaran Malaysia.
- iOS 11 Mula Ditawarkan Kepada Pengguna Malaysia Bermula Minggu Hadapan
- Honor 10 Lite Kini Rasmi, Harga Bermula RM749 Untuk Pasaran Malaysia