Tahun ini, OnePus bakal kembali lagi dengan peranti kelas pertengahan yang diberi nama OnePlus Z. Menurut Xda-developers, peranti akan dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 765 dengan sokongan rangkaian 5G.
Peranti juga bakal hadir dengan 6.55 inci AMOLED 90Hz, 6GB RAM serta storan dalaman 128GB. Bateri adalah berkapasiti 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W.
Untuk kamera, OnePlus Z akan mempunyai 3 kamera belakang 48MP, 16MP, 2MP manakala kamera hadapan adalah 16MP melalui rekaan punch-hole.
Apa yang menarik mengenai peranti ini adalah, harga jualannya adalah serendah sekitar RM1,405. Jika benar, ini membawa kembali nostalgia lama harga jualan model OnePlus yang lama seperti OnePlus One dan juga OnePlus 2.
Peranti dikatakan bakal dilancarkan pada 10 Julai hadapan di India. Ia bukannya tarikh rasmi yang diberikan oleh OnePlus, sebaliknya merupakan maklumat dalaman dari syarikat mereka.
Dengan tempoh sebulan sehingga tarikh pelancarannya, sudah tentu lebih banyak maklumat mengenai spesifikasi dan rupa bentuk peranti ini akan didedahkan secara sengaja atau 'tidak sengaja'.
Sumber: Xda-developers, Android Central
Beli OnePlus 8 dan 8 Pro dari:
Lazada: https://invol.co/clou5r
Shopee: https://invol.co/clou5v
Berkaitan
- OnePlus 7T Pro Diumumkan - Snapdragon 855+, Warp Charge 30T, Edisi McLaren
- Peranti Gaming Nubia Red Magic 5G Akan Dilengkapi Dengan Paparan 144Hz
- OnePlus 10 Pro: Pengguna Global Mungkin Dapat Spesifikasi Berbeza Dari Versi China
- ZTE Axon 20 - Telefon Pertama Dengan Kamera Bawah Paparan Rasmi Dilancarkan
- Oppo Reno Ace Dilancarkan - 65W Pengecasan Pantas, Snapdragon 855+, Skrin 90hz
- OnePlus Umum Dua Buah Fon Telinga Di Samping 8T - Buds Z Dan Juga Bullets Wireless Z Bass Edition
- OPPO Umum Find X2 Lite - Kelas Pertengahan Snapdragon 765, 6.4" OLED 60Hz Dan 4000mAh
- OnePlus Band Dilancarkan Dengan Paparan AMOLED Dan Ketahanan Bateri 14 Hari
- Ke Tepi Monitor 1080p 360Hz, Monitor 1440p 360Hz Kini Jadi 'Standard' Baharu Untuk Gaming
- OnePlus 8T Dilancarkan - Pengecasan Lebih Pantas 65W Dan Skrin Rata 120Hz AMOLED 6.55 Inci