OnePlus Umum Teknologi Pengecasan Baharu, Khusus Untuk Melambatkan Peranti Dari Cas Penuh

Kita selalu mendengar OnePlus dengan teknologi pengecasan yang semakin pantas untuk setiap keluaran peranti. Buat masa ini pengecasan pantas mereka adalah Warp Charge 30T. Ia merupakan evolusi dari Dash Charge 20W pada tahun 2016 terdahulu.

Jadi, OnePlus baru sahaja mengumumkan teknologi pengecasan Optimized Charging yang terkini. Namun ia bukanlah lebih pantas dari 30T sebaliknya merupakan pengecasan berasaskan perisian yang 'perlahan'.



Tujuannya, ia adalah untuk menjaga kesihatan bateri untuk jangka masa lama. Caranya adalah peranti akan berhenti mengecas kepada penuh 100% dan akan mengecasnya kembali bergantung kepada waktu pengguna mahukannya.

Antara contoh penggunaan yang sesuai adalah seperti mengecas peranti sebelum tidur. Dengan Optimized Charging, peranti akan berhenti mengecas pada 80% dan kembali memenuhkannya sebelum anda bangun tidur. Sudah semestinya, ciri ini bergantung kepada kepintaran peranti. Jadi OnePlus menyertakan algoritma sesuai untuk menganggar waktu pengguna bangun dari tidur.

Ciri ini adalah lebih kurang dengan apa yang Apple perkenalkan pada iOS 13 melalui Smart Charging dan juga Sony melalui Qnovo Adaptive Charging.

Buat masa ini ciri ini telah tersedia untuk pengguna OnePlus 7 dan 7 Pro pada kemaskini beta OxygenOS. Ia boleh diaktifkan pada Battery Menu di Settings.

Untuk masa-masa akan datang OnePlus sedang bergiat untuk menjadikan ciri ini lebih pintar dengan memasukkan pelbagai situasi seperti pergi bercuti pada zon masa berbeza dan tidur pada hujung minggu.

Sumber: OnePlus