OnePlus Umum Kerjasama Dengan Pasukan e-Sukan Terkemuka, Fnatic

Industri e-sukan yang semakin melonjak naik hari ini telah menarik minat pelbagai pihak untuk melibatkan diri dalam dunia permainan video.

Terbaru, pengeluar telefon pintar terkenal, OnePlus telah mengumumkan kerjasama mereka dengan pasukan popular e-sukan, Fnatic.

Melalui kerjasama tersebut, logo OnePlus akan dipamerkan dihadapan jersi Fnatic setiap kali mereka menyertai kejohanan selepas ini.

Kapsyen: Fnatic


Ketua dan pengasas pasukan Fnatic, Sam Mathews ternyata teruja dengan jalinan ini dan berpendapat bahawa OnePlus adalah "rakan" yang tepat untuk membawa mereka ke era baharu.

Perjanjian kerjasama kedua-dua pihak ini akan dijalankan untuk jangka masa panjang, namun tempoh sebenar perjanjian tidak didedahkan.

Selain OnePlus, Fnatic menjalankan kerjasama dengan beberapa syarikat lain antaranya ialah Rivalry.gg, Monster Energy dan AMD.

 

Sumber: OnePlus Forum