OnePlus One Akan Terima Kemas Kini Android 10 Selepas 6 Tahun Dilancar

OnePlus One merupakan telefon pintar pertama yang dikeluarkan oleh OnePlus pada tahun 2014. Pada ketika itu, ia dilancarkan dengan sistem operasi Android KitKat. Kini, selepas 6 tahun pelancarannya, OnePlus One akan menerima sokongan Android 10 dengan bantuan sistem operasi LineageOS.



LineageOS 17.1 yang dibangun berasaskan Android 10 mula melepaskan sokongan pada peranti sejak April 2020. Selepas itu, sokongan untuk ROM telah diperluaskan kepada peranti lain dan OnePlus One adalah antara peranti terbaru yang mendapat sokongan tersebut.

Pengguna OnePlus One juga mungkin perlu mengambil kira sebarang pepijat yang akan muncul apabila memasang sistem operasi ini. Ini kerana, LineageOS 17.1 adalah ROM khusus Android 10 yang pertama untuk OnePlus One.

Sumber: GizmoChina