Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus nord

OnePlus Nord Terima Pilihan Warna Baharu – Special Edition Gray Ash

Diterbitkan Oktober 14, 2020 · Dikemas kini Oktober 14, 2020 oleh Meor Hasyim

OnePlus Nord telah dilancarkan pada Julai 2020 lalu dan merupakan sebuah telefon pintar kelas pertengahan dari OnePlus. Pengenalannya ketika itu membawa 2 pilihan warna iaitu Onyx Gray dan juga Blue Marble.

Kini, selain memperkenalkan OnePlus 8T, OnePlus turut memperkenalkan satu pilihan warna baharu iaitu Gray Ash untuk OnePlus Nord.

Sekali imbas, ia dilihat hampir sama dengan warna Onyx Gray. Namun pilihan warna baharu ini lebih ke arah matte berbanding kemasan ‘cermin’ pada Onyx Gray.

oneplus nord
oneplus nord

Lain-lain spesifikasi adalah sama kerana yang baharu hanyalah pilihan warna. OnePlus Nord dikuasakan oleh Snapdragon 765G, 6.44 inci AMOLED, RAM sehingga 12GB, storan dalaman sehingga 256GB, dan kapasiti bateri 4,100mAh.

Buat masa ini, tidak diketahui sama ada OnePlus akan membawa pilihan warna Gray Ash baharu ini ke pasaran Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY