OnePlus Nord Laris Di Shopee

OnePlus Nord yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada minggu lepas mencapai satu kejayaan buat OnePlus Malaysia apabila peranti tersebut menjadi salah satu peranti terlaris di Shopee Mall.

Peranti ini juga merupakan model yang paling tinggi jualan dalam satu hari dari keseluruhan peranti OnePlus pada tahun 2020.



Menurut OnePlus, mereka mencapai peningkatan sebanyak 4750% unit sehari selepas pelancaran OnePlus Nord.



Untuk imbas kembali, OnePlus Nord hadir dalam dua warna iaitu Blue Marble dan Gray Onyx. Peranti ini juga terdapat dua varian, 8GB+128GB dan 12GB+256GB.

Kemeranya yang hadir dengan lensa 48MP menggunakan sensor Sony IMX586 dan bateri OnePlus Nord menyokong Warp Charge 30T yang mampu mengecas peranti dari 0% hingga 70% dalam masa setengah jam.

Peminat yang berminat untuk memiliki OnePlus Nord (8GB+128GB) boleh dapatkannya di kedai rasmi Oneplus di Shopee atau mana-mana pengedar OnePlus yang sah.

Bagi yang membeli OnePlus Nord Infinite Joy Bundle (128GB+256GB) akan disertakan sekali dengan OnePlus Buds dan tawaran ini boleh didapati di Shopee pada harga RM 2,399.