Untuk harga penawarannya yang sedikit rendah berbanding peranti mercu seperti OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro, ia terpaksa membuang beberapa ciri premium. Antaranya adalah dari segi rekaan yang menggunakan bahan binaan plastik.
Tidak seperti siri OnePlus 8 yang menggunakan bingkai lebih jitu iaitu aluminium, plastik lebih rapuh dan kurang menonjol dari segi 'rupa'.
Untuk membandingkan tahap ketahanan, saluran popular JerryRigEverything telah menguji bagaimana OnePlus Nord mampu bertahan dalam ujiannya.
https://youtu.be/0SqEY8j91tk
Seperti yang dijangka dari bahan binaan plastik, OnePlus Nord merekah pada bahagian butang laras bunyi. Kita semua tahu ujian sebegini tidaklah mencerminkan bagaimana peranti tersebut dalam suasana realiti sebenar.
Namun, apa yang mahu disampaikan adalah peranti ini kurang kukuh berbanding dengan siri OnePlus 8 disebabkan bahan binaan plastik tersebut.
Pujian tetap diberikan kerana peranti tidak patah serta merta sepertimana kebanyakan peranti dengan bingkai plastik yang pernah diuji oleh beliau.
Jika anda menjaga peranti ini dengan baik, sudah tentu tiada masalah yang timbul ketika penggunaannya.
Sumber: JerryRigEverything
Berkaitan
- OnePlus Berkemungkinan Akan Keluarkan Peranti Kelas Pertengahan OnePlus 8 Lite
- Carl Pei Sahkan Beliau Tidak Lagi Bersama OnePlus, Mahu Berehat Sebentar Dari Dunia Teknologi
- OnePlus Dan OPPO Dilaporkan Telah Bergabung Di Bawah Satu Divisyen R&D Yang Sama
- OnePlus Nord N10 Dan N100 Hanya Terima Satu Kemaskini Android Sahaja
- OnePlus Band Dilancarkan Dengan Paparan AMOLED Dan Ketahanan Bateri 14 Hari
- OnePlus Perlihatkan Rekaan Nord Dalam Video Terbaharu Mereka
- Xiaomi Memerli OnePlus, Nyatakan Lebih Berbaloi Membeli Telefon Mereka
- OnePlus Bullets Wireless Z Dijangka Hadir Dengan Ketahanan Bateri 20 Jam Dan Piawaian IP55
- OnePlus Nord N10 Dan Nord N100 Diperkenalkan Sebagai Pilihan Lebih Bajet Jenama OnePlus
- OnePlus 8T Dijual Bermula RM2,699 Di Malaysia, Ditawarkan Mulai 28 Oktober 2020