OnePlus Nord CE 5G Diumumkan, Ini Adalah Spesifikasinya

Siri Nord dalam barisan telefon pintar OnePlus ditambah lagi dengan model baru menerusi acara Summer Launch Event.

OnePlus Nord CE 5G yang diumumkan adalah model "Core Edition", yang memfokuskan pengalaman sama pada model asalnya pada harga lebih murah.

Baca juga - Telefon Baru OnePlus Mungkin Guna Cip MediaTek

https://www.youtube.com/watch?v=b9Je-dURuoc&ab_channel=OnePlus

Pertama sekali, model CE ini masih didatangkan dengan paparan FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz tetapi pada ukuran 6.43-inci. Kecil 0.1-inci sahaja dari model asalnya.

Dalaman telefon ini pula dijana cip Snapdragon 750G. Ia dipadankan juga  dengan tiga varian memori iaitu 6GB/64GB, 8GB/128GB dan 12GB/256GB.

Disamping itu, walaupun ia didatangkan dengan rekaan modul kamera yang seakan model asalnya, ia mendapat penambahan dari resolusi 48MP ke 64MP.

Rekaan kamera tiga kali gandanya menampilkan sensor utama 64MP, lensa ultra-lebar 8MP, dan lensa makro 2MP serta fungsi EIS. Kamera swafoto pula mendapat sensor Sony IMX471 16MP.

Selain itu, kapasiti bateri model CE ini dinaik taraf ke 4,500mAh daripada 4,115mAh dan masih disokong pengecasan pantas 30W.

Setakat ini OnePlus Nord CE 5G hanya boleh didapati di pasaran India bermula pada harga Rs 22,999 (~RM1,299).

Baca juga - OnePlus 9 Pro - Mahal Tapi Kamera Mantap