OnePlus Nord CE 2 Lite 5G Dijana Snapdragon 695 5G Hadir Ke Malaysia Untuk RM1,199

OnePlus Malaysia telah melancarkan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G untuk pasaran Malaysia pada harga RM1,199.

Telefon ini dikuasakan pemproses Snapdragon 695 5G dengan Adreno 619. Storannya pula 8GB untuk RAM dan 128GB (UFS 2.2) untuk storan terbina.

Sesuai dengan nama 'Lite', skrin LCD padanya bersaiz 6.59 inci beresolusi FHD, 120Hz kadar segar. Input sentuhnya pula setinggi 240Hz. Nisbahnnya pula setinggi 20:9.



Bicu audio 3.5mm masih tersedia selain turut dilengkapi slot sim hibrid.
Klik pada pautan di bawah untuk beli:

Lazada - https://invol.co/clc7481

Shopee - https://invle.co/clc746n

OxygenOS 12.1 berdasarkan Android 12 menjadi 'kulit' bagi antara muka telefon baru ini.

Bagi penggambaran, 3 kamera di belakang terdiri daripada 64MP utama, 2MP makro dan 2MP depth-assist. Lensa 16MP (IMX471) pula untuk diletakkan di panel hadapan untuk swafoto.



Kedua-dua lensa utama dan hadapan mempunyai penstabilan elektronik, EIS.

Bateri yang melengkapinya ialah 5,000mAH dan sokong pengecasan pantas 33W SUPERVOOC.

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G juga datang dengan HyperBoost seperti General Performance Adapter (GPA) Frame Stabilizer untuk memberikan pengalaman permainan yang lebih stabil dan responsif.



Usah khuatir, anda dibekalkan pengecas 33W SUPERVOOC, kabel USB-C dan case di dalam kotak.

OnePlus menjamin ia akan mendapat sekurang-kurang kemas kini 2 versi Android dan 3 tahun tampalan keselamatan.

Dua pilihan warna tersedia ialah Dust Black dan Tide Green.

Ia hadir hanya dengan satu varian iaitu 8GB+128GB dan boleh didapati melalui kedai OnePlus, laman web rasmi mereka, Shopee dan Lazada.

Mula dijual pada 19 Julai ini, diskaun RM200 akan ditawarkan terhad pada hari pertama jualannya.