OnePlus Nord Akan Hadir Untuk Pasaran Tempatan 18 Ogos Ini

Umum mengetahui OnePlus Nord telahpun dilancarkan pada bulan lalu. Terkini, OnePlus Malaysia mengumumkan OnePlus Nord akan hadir untuk pasaran tempatan pada 18 Ogos ini.



Dari segi spesifikasi, OnePlus Nord dimuatkan dengan cip Snapdragon 765G serta dipadankan dengan 3 varian memori iaitu 6GB/64GB, 8GB/128GB dan memori 12GB/256GB dalam bentuk UFS 2.1. Ia mempunyai saiz skrin 6.44 inci Full HD+ AMOLED dan menyokong kadar segar semula 90Hz.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kesemua varian akan ditawarkan dalam pasaran Malaysia atau sebaliknya.

pelancaran oneplus nord malaysia

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga yang bakal ditawarkan, saksikan acara pelancaran OnePlus Nord untuk pasaran Malaysia menerusi halaman Facebook rasmi OnePlus Nord Malaysia pada 18 Ogos, 11 pagi.