OnePlus Memperkenalkan OnePlus3T Edisi Colette

OnePlus telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka edisi colette. Colette ialah butik terkenal di Paris dan mereka baru sahaja menyambut ulangtahun ke 20. Bagi menyambut ulangtahun ini, mereka bersama OnePlus telah bekerjasama mengeluarkan telefon pintar edisi terhad.

Sebanyak 250 unit sahaja akan dikeluarkan untuk edisi ini dan menampilkan warna hitam pada keseluruhan peranti dengan lambang colette di belakang. Unit ini hanya akan dijual di butik Colette di Paris pada 21 Mac. Versi yang ditawarkan ialah 126GB untuk 479 Euro.

Hmm.. menarik untuk peminat OnePlus tetapi hanya dijual di Paris sahaja. Boleh jadi 'collector's item'

Sumber