Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus TV

OnePlus Mahu Buat TV Pintar Dengan Kamera “Pop-Up” Boleh Putar

Diterbitkan Mei 25, 2021 · Dikemas kini Mei 25, 2021 oleh Amsyar Latif

Jenama dari China, OnePlus bukan lagi mengeluarkan produk yang mengkhususkan telefon pintar sahaja seperti dahulu. Ini dapat dilihat menerusi jam tangan pintar, fon telinga tanpa wayar dan juga televisyen (TV).

Terbaru, OnePlus telah mempatenkan TV Pintar (Smart TV) dengan kamera pop-timbul (pop-up) yang boleh berputar.

Baca juga – Siri OnePlus 9 Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Agak Premium

Seperti yang wujud pada mana-mana TV Pintar di pasaran, kameranya akan meluncur ke atas secara automatik dan berputar ke kiri dan ke kanan. Ia bertujuan untuk mengesan wajah pengguna.

OnePlus Mahu Buat TV Pintar Dengan Kamera “Pop-Up” Boleh Putar

Namun, ia mempunyai jarak yang sangat terhad kerana pengguna perlu berada hampir dengan kamera bagi mendapatkan foto yang baik. Setakat ini, OnePlus tidak memberitahu tentang kebolehan yang ada pada kamera yang telah dipatenkan.

Baca juga – Ini Harga Tempatan Bagi Jam Tangan Pintar Pertama OnePlus

Selain itu, ini juga adalah langkah OnePlus untuk mengikut pesaingnya lain yang sudah menampilkan kamera seperti OPPO, HONOR dan Huawei. Malah, boleh dikatakan kamera pada TV sudah menjadi elemen yang penting masa sekarang.

Sumber: letsgodigital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY