Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Buds Pro (1)

OnePlus Lancar Peranti Audio Buds Pro Dan OnePlus Nord Buds, Harga Bermula RM299

Diterbitkan Julai 14, 2022 oleh ariff bukhari

Selain melancarkan 2 telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, OnePlus turut memperkenalkan dua peranti audio iaitu Buds Pro dan OnePlus Nord Buds.

OnePlus Buds Pro merupakan fon telinga dengan ciri pembatalan hingar adaptif pintar (ANC) pertama dari mereka.

OnePlus menyatakan, fon telinga baharu dan premium mereka ini mengetengahkan sistem pengurangan hingar pintar terkemuka dalam industri, kualiti panggilan yang tiada tandingan, prestasi bateri yang dipertingkatkan serta kualiti bunyi untuk mencipta pengalaman audio yang benar–benar mengasyikkan dan premium.

WhatsApp Image 2022-07-14 at 5.22.30 PM
OnePlus Buds Pro.

OnePlus Nord Buds pula menawarkan teknologi audio yang cemerlang pada harga kompetitif dan berpatutan.

Dicipta berdasarkan ciri–ciri pilhan komuniti, Nord Buds mempunyai pemacu dinamik titanium 12.4 milimeter, menyokong Dolby Atmos dan menawarkan 30 jam gabungan ulangan dengan sekali cas.

Nord Buds
OnePlus Nord Buds.

OnePlus Buds Pro hanya ditawarkan dalam warna Glossy White dan dijual pada harga RM799.00.

Manakala bagi OnePlus Nord Buds pula ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Black Slate dan White Marble yang dijual pada harga RM299.00.

Beli Buds Pro dan OnePlus Nord Buds di:

Lazada – https://invol.co/clc7481

Shopee – https://invle.co/clc746n

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY