Jika ada satu perkara yang saya suka dengan OnePlus selain peranti mereka, ia adalah koleksi wallpaper yang dihasilkan. Sebelum ini syarikat tersebut telah membuat sedikit perubahan terhadap logo mereka berkemungkinan persediaan mereka dalam menyambut kelahiran siri OnePlus 8 yang terbaru pada 14 April ini.

IKLAN

Jadi, baru-baru ini mereka telah berkongsi koleksi wallpaper segar ceria yang memaparkan logo baharu tersebut. Terdapat sejumlah 4 wallpaper yang dikongsi beresolusi 945 x 2048. Walaupun ia tidak mencapai tahap Full HD+ sepenuhnya, resolusi ini masih mencukupi untuk digunapakai oleh kebanyakan peranti dengan resolusi Full HD+ tersebut.

Namun, tidak digalakkan untuk memasangnya pada peranti dengan paparan QHD+ di mana ia tidak cukup terperinci dan bakal menzahirkan cacat cela kekurangan pixelnya.

Untuk memuat turun wallpaper ini, anda boleh terus ke pautan ini, tatal kebawah di bahagian reply dan simpannya sebagai imej biasa.

IKLAN

Sumber: OnePlus