OnePlus Hadir Dengan Program Percubaan Beta Untuk Kemaskini OxygenOS

Beberapa hari yang lepas OnePlus telah menampilkan program percubaan Beta OxygenOS untuk kedua-dua model OnePlus 3 dan OnePlus 3T, masing-masing dengan versi yang ke-14 dan ke-4. Kali ini kemaskini yang dihadirkan lebih banyak.

Antaranya kemaskini tetapan pelancar yang dipermudahkan dengan beberapa ekses 'shortcut'. Terdapat juga beberapa tambahan ciri mod seperti 'Gaming Do Not Disturb' yang menghalang telefon memberi notifikasi semasa bermain game.

Berikut merupakan senarai kemaskini yang ditampilkan untuk percubaan Beta OxygenOS;

Launcher baru bersama penyesuaian dengan sistem operasi 7.1.1
Rekabentuk App Drawer yang ditambahbaik
Rekabentuk UI untuk tetapan launcher 
Penambahan pilihan ikon status bar untuk kelajuan real time newtwork
Penambahan mod Notification Denoising
Penambahan mod Gaming Do Not Disturb
Penambahan Night Mode automatik
Penambahan Secure Box untuk penyulitan fail
Latency sentuhan yang ditambahbaik
Fungsi EIS kamera untuk rakaman video yang ditambahbaik
Penambahbaikan pengurusan senarai kenalan bersama fungsi pautan dan gabungan bersama aplikasi sosial lain.
Bug fixes dan beberapa lagi fungsi lain yang dipertingkatkan

Sumber 1, Sumber 2

 

 

Berkaitan