OnePlus Dijangka Akan Lancar Powerbank Dengan Pengecasan Pantas

Kicauan daripada pengasas bersama OnePlus, Carl Pei baru-baru ini seakan memberi petunjuk bahawa syarikat tersebut akan lancarkan powerbank kedua mereka. Sebelum ini mereka sudah punyai powerbank pertama mereka. Namun itu adalah pada tahun 2015 dahulu. Selepas itu, tiada lagi model powerbank dari mereka.

https://twitter.com/getpeid/status/1226895222765842433

Walau bagaimanaupun tiada maklumat lain yang boleh diperoleh melalui kicauan beliau baik dari segi butiran dan juga tarikh pelancaran powerbank itu.

Jika diimbas kembali, powerbank OnePlus sebelum ini tidak mempunyai sebarang pengecasan pantas langsung. Jadi, diharapkan untuk model kedua ini, mereka menyertakan teknologi seperti Warp Charge seperti yang terdapat pada peranti-peranti mereka.

Kicauan itu boleh juga bermaksud OnePlus mahu melihat terlebih dahulu permintaan produk powerbank dari pengguna mereka. Apa-apapun, kita perlu menunggu sehingga hari pelancaran OnePlus 8 kelak jika ada kehadirannya nanti.

Sumber: OnePlus