OnePlus Dan OPPO Dilaporkan Telah Bergabung Di Bawah Satu Divisyen R&D Yang Sama

Hubungan rapat OnePlus dan OPPO yang berada di bawah payung syarikat BBK Electronic yang sama adalah jawapan mengapa OnePlus dan OPPO saling berkongsi teknologi dan rekaan telefon pintar.

Kini, hubungan mereka bakal menjadi lebih rapat apabila divisyen pembangunan dan penyelidikan (R&D) kedua-dua jenama telah digabungkan.

Dilaporkan bahawa walaupun ia telah digabungkan, masing-masing jenama masih menawarkan perisian dan ciri yang berasingan dan unik kepada jenama mereka seperti sediakala.

Hubungan ini adalah sama sahaja sepertimana Xiaomi dan juga Redmi yang berkongsi sistem pembangunan dan penyelidikan yang sama.

Buat masa ini, laporan ini belum disahkan melalui kenyataan rasmi baik dari OPPO ataupun OnePlus.

Namun begitu, dikatakan ura-ura mengenai penggabungan kedua-dua syarikat telah muncul sejak Jun 2020 dan hanya sekarang baru digabungkan.

Dari segi aspek buruknya mengenai penggabungan ini jika benar, mungkin kita akan melihat lebih banyak model OnePlus yang dijenamakan semula daripada telefon OPPO.

Sumber: Donews

 

Berkaitan