Untuk fungsi-fungsi terbaharu fon telinga tersebut, ia masih lagi menggunakan rekaan neckband, namun kini ketahanan bateri lebih dipertingkatkan sehingga 20 jam berbanding 14 jam pada Wireless 2. Selain itu, ia juga akan menyokong pengecasan pantas Warp Charge dengan 10 jam main-balik dengan hanya 10 minit cas.
Tambahan lagi, fon telinga juga akan menyokong piawaian kalis air dan habuk IP55. Ini merupakan fungsi yang ditunggu-tunggu oleh peminat OnePlus kerana model sebelumnya tidak menyokong mana-mana piawaian perlindungan kalis air/habuk langsung.
Antara perkara lain yang menarik mengenai fon telinga ini adalah ia bakal mempunyai lengah masa Bluetooth sekitar 110ms. Berbanding Apple Airpods pada lengah 144ms, ia adalah lebih rendah dan sangat membantu terutamanya jika pengguna menggunakannya ketika bermain permainan.
Sudah semestinya ia akan hadir dengan kualiti audio yang lebih baik dengan kemaskini spesifikasi yang selayaknya. Fon telinga OnePlus Bullets Wireless Z ini akan dilancarkan pada 14 April 2020 bersama-sama siri OnePlus 8 nanti. Mengenai harga jualannya pula, masih tiada maklumat yang dikongsikan lagi.
Sumber: Pricebaba
Berkaitan
- Huawei MateBook 13 Dan 14 Kini Lebih Berkuasa, Hadir Dengan Cip AMD Ryzen 4000
- OnePlus Nord Dilancarkan - Snapdragon 765G, 90Hz, 4115mAh Dalam Pakej Mampu Milik
- OnePlus Malaysia Beri Petunjuk Kehadiran Nord CE 2 5G Untuk Pasaran Tempatan
- realme Rekod Hasil Jualan Memberansangkan Ketika Kempen Lazada Salam Mubarak
- Xiaomi Mi 10T Dan Mi 10T Pro Akan Guna Cip Snapdragon 865 Dan Panel 144Hz LCD
- OPPO A53 Dilancarkan Dengan Snapdragon 460, Skrin 90Hz Dan Bateri 5,000mAh
- Platform Penstriman Muzik: Spotify Paling Popular Dengan 35% Perkongsian, Apple Music Posisi Ke-2 Sebanyak 19%
- Samsung Perlihatkan Video Acah Galaxy Z Flip Semasa Acara Oscars
- vivo X60 Pro+ Kini Rasmi - Snapdragon 888, Sistem Kamera ZEISS, Dan Skrin AMOLED 120Hz
- Samsung Exynos 2100 Untuk Cip Galaxy S21 Diumumkan - 8 Teras Sehingga 2.9GHz Dari Binaan 5nm EUV