OnePlus Buds Hadir Dengan Sokongan Bateri Sehingga 30 Jam Penggunaan

OnePlus telah mengesahkan fon telinga TWS pertama mereka, OnePlus Buds akan diperkenal bersama OnePlus Nord pada 21 Julai ini. Terbaru, CEO OnePlus, Pete Lau telah memuat naik satu kiriman di OnePlus Forum yang mendedahkan lebih banyak maklumat mengenainya.

Menyentuh rekaan, OnePlus Buds dihasilkan dengan rekaan yang lebih ergonomik untuk memberi keselesaan dalam penggunaan sepanjang hari.



Dari segi ketahanan bateri, OnePlus Buds boleh menjangkau sehingga 30 jam dengan penggunaan bersama pod pengecasan. Pengecasan penuh fon telinga ini boleh diisi lebih daripada 3 kali dengan pod pengecasan yang disediakan. Jika hanya menggunakan fon telinga sahaja, ia boleh bertahan sehingga 7 jam bagi penggunaan berterusan.

OnePlus Buds didatangkan dengan sepasang fon telinga dan pod pengecas masing-masing seberat 4.6 gram dan 36 gram.

warna OnePlus Buds

Dalam pada itu, fon telinga yang dipercayai adalah OnePlus Buds telah diperlihatkan dalam video temuramah bersama Youtuber MKBHD.

Dalam video temuramah mengenai OnePlus Nord, Pete Lau telah memakai sepasang fon telinga TWS berwarna biru seperti yang dilaporkan sebelum ini. Berkemungkinan OnePlus Buds akan ditawarkan dengan pelbagai pilihan warna.

Sumber: GizmoChina