OnePlus Buds Akan Diperkenal Bersama OnePlus Nord Pada 21 Julai

Ketika ini, pelbagai jenama telah mula menghasilkan fon telinga True Wireless Stereo (TWS). Terbaru, OnePlus telah mengesahkan akan memperkenal fon telinga TWS pertama mereka, OnePlus Buds bersama pelancaran OnePlus Nord pada 21 Julai ini.



Perkhabaran mengenainya, fon telinga ini mungkin akan dilancarkan dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam. Namun, melalui video yang didedahkan di Instagram @oneplus.nord, kelihatan fon telinga yang dipakai berwarna biru. Tidak dapat dipastikan jika fon telinga itu adalah OnePlus Buds.

pelancaran OnePlus Buds

Dalam pada itu, spekulasi turut menyatakan OnePlus Buds mungkin akan menyokong pembatalan hingar aktif. Buat masa sekarang, tidak ada apa yang dapat mengesahkan perkara ini.

Bagaimanapun, dijangka lebih banyak maklumat rasmi akan didedahkan oleh pihak OnePlus sebelum acara pelancarannya pada 21 Julai ini.

Sumber: GSMArena