OnePlus Berkemungkinan Akan Keluarkan Peranti Kelas Pertengahan OnePlus 8 Lite

Jika anda masih ingat lagi sebelum ini, OnePlus pernah mengeluarkan peranti 'kelas pertengahan' OnePlus X. Namun sejak itu, ia adalah kali pertama dan terakhir OnePlus menghasilkan peranti sebegitu. Imej terbaharu yang dimuat naik oleh @Onleaks bakal menyaksikan kembalinya OnePlus ke arena kelas pertengahan semula dengan peranti yang diberi nama OnePlus 8 Lite.

OnePlus 8 Lite dijangka akan dilancarkan bersama-sama model OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Rekaannya akan sedikit berbeza dengan abang-abangnya. Bezel pada peranti lebih tebal dan juga posisi kamera swafoto diubah ke bahagian tengah pula. Dikatakan skrin peranti akan bersaiz antara 6.4 ke 6.5 inci.



Untuk rekaan kamera belakang, mungkin OnePlus mengambil inspirasi dari Samsung Galaxy S11 dengan rekaan modul kamera petak di bahagian tepi. Terdapat 2 kamera disamping sensor yang dipercayai sensor ToF.

Spesifikasinya masih belum diketahui terutamanya sama ada ia bakal menyokong 120hz atau tidak. Namun yang pasti, ia bakal menyokong 90hz berdasarkan kata-kata pengasas bersama OnePlus. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja pelancarannya nanti pada separuh pertama tahun 2020 nanti.

Sumber: @Onleaks, 91Mobiles

Berkaitan