OnePlus Band Dilancarkan Dengan Paparan AMOLED Dan Ketahanan Bateri 14 Hari

Portfolio OnePlus sebelum ini hanya popular dengan telefon pintar namun mereka mahu juga mencuba kategori terbaharu menerusi produk boleh pakai.

Di India, OnePlus kini telah memperkenalkan gelung pintar OnePlus Band. Ia merupakan produk berbeza dengan jam pintar OnePlus Watch yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=DYiOn9wBDs4

Dari segi rekaan, ia adalah mirip dengan OPPO Band melalui rekaan skrin memanjang menegak 1.1 inci AMOLED berwarna. Muka jam OnePlus Band boleh diubahsuai sementara dari segi fungsi menarik hadir dengan sokongan pengimbas nadi, kalis air IP68, 5ATM, dan ketahanan bateri sehingga 14 hari.



Untuk fungsi kecergasan, ia turut disertakan dengan pengesan SpO2, pemantauan tidur, serta mod sukan sehingga 13 mod kesemuanya.

OnePlus Band hanya seberat 22.6 gram dan disambungkan kepada telefon melalui Bluetooth 5.0 LE dan aplikasi OnePlus Health.

Hanya dipasarkan di India sahaja buat masa ini, OnePlus Band berharga INR 2,499 (~RM138).

 

Berkaitan