Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Oneplus 9RT Akan Masuk Pasaran Global Dalam Masa Terdekat

Oneplus 9RT Akan Masuk Pasaran Global Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Januari 4, 2022 oleh Imran Aziz

Oneplus 9RT adalah salah satu telefon yang dikeluarkan eklusif untuk pasaran China pada Oktober 2021. Tetapi baru-baru ini di Twitter Oneplus India, mereka memuat naik sebuah kod morse dengan mesej mereka ” Get ready to decode greatness. Coming soon!”. Jika korang membuat penyahsulitan kod tersebut ia akan menjadi Oneplus 9RT.

Get ready to play with silence. Coming soon! #NeverSettle pic.twitter.com/matgaQJQGs

— OnePlus India (@OnePlus_IN) January 2, 2022

Walaupun Oneplus India telah megesahkan kemasukkan Oneplus 9RT ini. Tetapi tarikh pelancaran masih belum dikeluarkan lagi. Jadi kita perlu tunggu maklum balas dari Oneplus sendiri tentang Oneplus 9RT ini.

Dari segi spesifikasi Oneplus 9RT datang dengan cip pemprosesan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 888, Skrin 6.62 inci jenis Fluid AMOLED dan mempunyai kadar segar semula 120Hz. Untuk kamera ia mempunyai 3 tetapan kamera, iaitu 50mp Sony IMX766 untuk kamera utama, 16mp kamera ulra lebar dan kamera makro.

Guess who is finally coming to India 🙌 pic.twitter.com/wXwGWN4Bjn

— OnePlus India (@OnePlus_IN) January 3, 2022

OnePlus 9RT dijual dengan harga CNY3,300 untuk pasaran China. Kalau ditukar ke Ringgit Malaysia ia bernilai sekitar ~RM2170. Ia hanyalah anggaran sahaja berdasarkan tukaran mata wang semasa.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY