OnePlus 9 Pro Akan Guna Rekaan Sama Seperti OnePlus 8T Dengan Penambahan Skrin Lengkung

Ketika pengenalan OnePlus 8T, OnePlus begitu bangga mempromosikan skrin rata sebagai ciri unik telefon tersebut.

Jika anda menyangka ia akan diteruskan kepada generasi OnePlus seterusnya, anda silap kerana OnePlus 9 Pro akan menggunakan skrin lengkung pula.

Menurut @OnLeaks, OnePlus 9 Pro masih lagi menggunakan rekaan kasar seperti OnePlus 8T terutamanya modul kamera belakang dan juga lubang kamera bahagian kiri.



Namun, sedikit berbeza dengan penambahan skrin melengkung. Walau bagaimanapun, turut dilaporkan rekaan ini bukanlah rekaan akhir untuk OnePlus 9 Pro.

Melalui rekaan ini, ia memperlihatkan 4 kamera pada bahagian belakang OnePlus 9 Pro. Telefon ini akan dilancarkan sekitar Mac tahun hadapan, sedikit lebih awal berbanding OnePlus 8 Pro pada April tahun ini.



Spesifikasi telefon masih lagi awal untuk dibincangkan namun kita mungkin mendengar lebih banyak maklumat mengenainya menjelang tarikh pelancaran.

Sumber: OnLeaks

Berkaitan