Untuk pasaran Malaysia, OnePlus 8T akan mula dijual bermula 28 Oktober 2020 di Lazada dalam 2 pilihan memori iaitu 8GB/128GB dan 12GB/256GB.
Model 8GB/128GB ditawarkan berharga RM2,699 manakala 12GB/256GB pula pada RM2,999. Dari segi pilihan warna, kedua-dua warna Lunar Silver dan Aquamarine Green dibawa masuk.
Namun, pengguna terbatas dengan pilihan warna Lunar Silver untuk model 8GB/128GB dan juga Aquamarine Green untuk 12GB/256GB.
Terdapat juga bundle set Pop Up yang menawarkan OnePlus 8T 12GB/256GB bersama-sama pelindung Quantum Bumper dan OnePlus Buds yang berharga RM2,999. Ia sedikit lebih jimat namun hanya boleh dibeli pada tarikh 11 November sahaja.
Untuk jualan secara rasmi melalui pengedar sah, ia akan mula dijual pada 31 Oktober kelak.
Mengimbas kembali, OnePlus 8T hadir dengan cip Snapdragon 865, skrin rata 120Hz 6.55 inci FHD+, pengecasan 65W dan bateri 4,500mAh. Untuk kamera, ia dilengkapi dengan 48MP utama, 16MP sudut lebar, 5MP makro, dan 2MP monokrom. Lensa swafoto pula adalah dari 16MP.
https://www.youtube.com/watch?v=GQH2vh3PoJc&t=45s&ab_channel=WiserMy
Berkaitan
- Carl Pei Sahkan Beliau Tidak Lagi Bersama OnePlus, Mahu Berehat Sebentar Dari Dunia Teknologi
- 7 Kontroversi OnePlus Paling Diingati Oleh Pengguna
- Ini Mungkin OnePlus 8 Pro
- OnePlus Nord N10 Dan N100 Hanya Terima Satu Kemaskini Android Sahaja
- Google Jual Lebih Banyak Peranti Pintar Berbanding OnePlus Sepanjang Tahun 2019
- OnePlus Umum Teknologi Pengecasan Baharu, Khusus Untuk Melambatkan Peranti Dari Cas Penuh
- Sistem Audio OnePlus 8 Pro Merupakan Teknologi Kerjasama Dengan Nokia OZO
- Dengan Harga Jualan Siri OnePlus 8 Yang Lebih Mahal, Sanggupkah Pengguna Untuk Membayarnya?
- OnePlus Nord Dilancarkan - Snapdragon 765G, 90Hz, 4115mAh Dalam Pakej Mampu Milik
- Xiaomi Memerli OnePlus, Nyatakan Lebih Berbaloi Membeli Telefon Mereka