Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 8T Dilancarkan – Pengecasan Lebih Pantas 65W Dan Skrin Rata 120Hz AMOLED 6.55 Inci

OnePlus 8T Dijual Bermula RM2,699 Di Malaysia, Ditawarkan Mulai 28 Oktober 2020

Diterbitkan Oktober 22, 2020 · Dikemas kini Oktober 22, 2020 oleh Meor Hasyim

Pihak OnePlus Malaysia hari ini secara rasminya telah membawa masuk OnePlus 8T untuk pasaran tempatan. OnePlus 8T merupakan kemaskini dan naik taraf kepada OnePlus 7T namun kali ini tiada versi Pro dan hanya satu model 8T sahaja.

Untuk pasaran Malaysia, OnePlus 8T akan mula dijual bermula 28 Oktober 2020 di Lazada dalam 2 pilihan memori iaitu 8GB/128GB dan 12GB/256GB.

Model 8GB/128GB ditawarkan berharga RM2,699 manakala 12GB/256GB pula pada RM2,999. Dari segi pilihan warna, kedua-dua warna Lunar Silver dan Aquamarine Green dibawa masuk.

oneplus 8t

Namun, pengguna terbatas dengan pilihan warna Lunar Silver untuk model 8GB/128GB dan juga Aquamarine Green untuk 12GB/256GB.

Terdapat juga bundle set Pop Up yang menawarkan OnePlus 8T 12GB/256GB bersama-sama pelindung Quantum Bumper dan OnePlus Buds yang berharga RM2,999. Ia sedikit lebih jimat namun hanya boleh dibeli pada tarikh 11 November sahaja.

oneplus 8t

Untuk jualan secara rasmi melalui pengedar sah, ia akan mula dijual pada 31 Oktober kelak.

Mengimbas kembali, OnePlus 8T hadir dengan cip Snapdragon 865, skrin rata 120Hz 6.55 inci FHD+, pengecasan 65W dan bateri 4,500mAh. Untuk kamera, ia dilengkapi dengan 48MP utama, 16MP sudut lebar, 5MP makro, dan 2MP monokrom. Lensa swafoto pula adalah dari 16MP.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY