OnePlus 8 Dilaporkan Akan Dilancar Pada Pertengahan April Nanti

Sebanyak 3 model OnePlus 8 dijangka akan diperkenalkan nanti.


Pengeluar telefon pintar OnePlus dijangka akan memperkenalkan barisan model terbaru OnePlus 8 pada pertengahan bulan April nanti.

Ia berdasarkan daripada sumber yang rapat dengan firma tersebut yang telah mendedahkannya kepada laman techradar hari ini.

OnePlus 8 di jangka akan ditawarkan menerusi 3 model iaitu versi OnePlus 8, OnePlus 8 Lite dan OnePlus 8 Pro.

Selain itu, OnePlus 8 juga dijangka akan hadir dengan sokongan beberapa ciri baru seperti sokongan kalis air IP68 dan teknologi paparan 120Hz.

Manakala bagi spesifikasinya pula, OnePlus 8 akan dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru Snapdragon 865, kapasiti RAM 8GB serta saiz storan antara 128GB dan 256GB. Kapasiti baterinya pula dijangka akan  berkapasiti 4500mAh dengan sokongan ciri pengecasan pantas 50W.

Malah terdapat juga ura-ura menyatakan OnePlus 8 akan menyokong ciri pengecasan tanpa wayar. Jika khabar angin ini benar, ia sekaligus akan menjadikannya model OnePlus pertama yang akan dilengkapi dengan ciri tersebut.