OnePlus 7T Pro Diumum Sebagai Telefon Pintar Terbaik Di Anugerah GLOMO 2020

Samsung, Qualcomm dan LG juga turut menerima anugerah bagi kategori lain.


Pembatalan acara MWC 2020 yang sepatutnya berlangsung ketika ini di Barcelona tidak menghalang anugerah Global Mobile (GLOMO) 2020 diadakan.

Pihak GSMA hari ini mengumumkan senarai pemenang bagi anugerah Global Mobile (GLOMO) 2020. Antara pemenang yang menarik perhatian adalah pengeluar telefon pintar OnePlus yang dinobatkan sebagai telefon pintar terbaik tahun ini.


“This is virtually unsurpassable from a technology perspective, with class-leading processor speed, rapid charge times and excellent software. An all-round product at an accessible price point, the company should also be recognised for its impressively successful go to market strategy.” Hakim penilai anugerah.


OnePlus 7T Pro sudah pun memasuki pasaran Malaysia sejak Oktober 2019 lalu yang dijual pada harga RM3,399.00 (Kini boleh didapati pada harga RM2,799.00).

Selain OnePlus, Samsung Electronics juga berjaya memenangi anugerah GLOMO 2020 bagi kategori Best Mobile Innovation for Building Trust in the Digital Age menerusi Knox Security Platform.

LG pula memenagi anugerah bagi kategori Best Mobile Innovation for Media and Entertainment menerusi pembangunan peranti LG Uplus for U+VR 5G.

Manakala Qualcomm pula memenangi anugerah bagi kategori Disruptive Device Innovation Award menerusi penghasilan cip modem Qualcomm Snapdragon X55 5G modem.

Untuk senarai penuh pemenang GLOMO 2020, layari laman MWC Barcelona.