OnePlus 7 Pro Dilapor Hadapi Masalah Sentuhan Skrin Paparan

Nama OnePlus 7 Pro sudah meniti dibibir peminat beberapa ketika sebelum pelancaran dimana paparannya diiktiraf  dengan A+, penarafan tertinggi dari DisplayMate. Ia sekaligus meletakkan peranti ini sebaris dengan peranti flagship dari Samsung, Apple serta Google.

Namun begitu, setelah menghampiri usia sebulan sejak diperkenalkan awal Mei lalu, ia kini dilaporkan mempunyai masalah sentuhan pada skrin paparan. Beberapa pengguna awal OnePlus 7 Pro menyedari peranti mempunyai masalah phantom touch. Sentuhan berlaku pada paparan walaupun peranti dibiarkan begitu sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=YcOI3zwV4sQ

Menurut The Verge, isu ini mudah dikesan ketika menggunakan aplikasi CPU-Z sementara seorang pengguna menyatakan ia berlaku pada beberapa aplikasi dan bukannya semua. Pihak pengeluar sudah maklum akan isu tersebut minta mana-mana pengguna yang berhadapan dengan masalah ini supaya melaporkannya pada aplikasi OnePlus Community atau di forum.

Sumber: Android Police via The Verge