OnePlus 7 Pro Bakal Didatangkan Dengan Paparan Menakjubkan

Ura-ura mengenai edisi OnePlus 7 Pro akhirnya terjawab apabila CEO OnePlus, Pete Lau mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan model itu nanti.

Bercakap mengenainya kepada The Verge, Lau mengaku yang dirinya sendiri terkejut melihat kualiti ada pada paparan peranti berkenaan.

Kapsyen: Livemint


Menurutnya, mereka telah membelanjakan tiga kali ganda lebih banyak wang untuk menghasilkan paparan terbaik bagi model tersebut berbanding apa yang dikeluarkan pada model lepas.

Walaupun tidak menyatakan lebih lanjut mengenainya, ura-ura kuat mengatakan bahawa model ini bakal mempunyai kadar refresh skrin sehingga 90Hz.

Sekiranya benar, ia akan memiliki sebuah skrin yang setaraf dengan Asus ROG Phone, hanya tewas kepada Razer Phone 1 dan Razer Phone 2(120Hz).

Ia juga hampir pasti menyokong sambungan 5G. Pete Lau masih belum mengeluar sebarang kenyataan mengenai harganya namun kita boleh menganggarkan OnePlus 7 Pro ini bakal dipasarkan pada kelas harga yang sama seperti Samsung Galaxy S10+ dan Huawei P30 Pro.

 

Sumber: The Verge