OnePlus 6T Sah Akan Mengikut Jejak Langkah iPhone, Hadir Tanpa Bicu Audio

OnePlus 6T telah disahkan tidak akan hadir dengan sokongan bicu audio 3.5mm, menurut pengasas bersamanya Carl Pei. Kenyataan itu dibuat melalui satu temuramah bersama TechRadar baru-baru ini.

Walaupun keputusan itu agak berisiko, Pei berpendapat bahawa sekarang ialah masa paling sesuai untuk melakukannya. Ini kerana pasaran fon kepala atau fon telinga tanpa wayar kini semakin meningkat naik.



Menurut data yang mereka perolehi, 59% daripada komuniti telefon pintar sudah memiliki fon kepala tanpa wayar. Kajian itu dibuat sebelum mereka memperkenalkan fon kepala Bullets Wireless mereka pertengahan tahun lalu.

Bagaimanapun, untuk OnePlus 6T kali ini, OnePlus dijangka masih lagi akan membekalkan fon telinga berwayar Bullets V2 yang akan disertakan bersama penyambung USB Type-C. OnePlus 6T diberitakan akan dilancarkan pada Oktober nanti.

 

Sumber