OnePlus 6T Dilapor Akan Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Lebih Besar

OnePlus 6T semakin hampir dengan hari pelancarannya yang dijangka akan berlangsung pada 16 Oktober ini. Oleh sebab itu, tidaklah memeranjatkan apabila beberapa maklumat mengenai ciri dan spesifikasi baru mengenainya mula muncul di dunia internet sejak beberapa minggu lalu.

Terbaru, peranti berkenaan dilaporkan akan hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding model OnePlus 6. Ia berikutan satu kotak tertiris yang dikatakan imej kotak peranti tersebut.

Kredit : BGR


Dapat diperhatikan dalam imej tersebut, kapasiti bateri OnePlus 6T ini adalah 3,700mAh. Jika benar, ini bermakna OnePlus 6T mempunyai kapasiti bateri 400mAh lebih besar berbanding OnePlus 6.

Selain daripada kapasiti bateri, OnePlus 6T ini turut dipercayai akan hadir dengan cip Qualcomm Snapdragon 845 memandang tiada cip Snapdragon yang lebih baik tersedia di pasaran buat masa ini.

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti dengan lebih dekat berkenaan model baru dari OnePlus ini, anda boleh ikuti Facebook rasmi mereka di laman OnePlus Malaysia.

https://youtu.be/4zMOV31tj3M

 

Sumber