OnePlus 6T Boleh Mula Dipra-tempah Pada 30 Oktober Ini

OnePlus 6T dijadualkan akan diperkenal secara rasmi pada 29 Oktober ini di New York, Amerika Syarikat. Sehari selepas itu(30 Okt), peminat OnePlus 6T di Malaysia sudah boleh mula membuat pra-tempahan untuk peranti berkenaan melalui kedai rasmi OnePlus Malaysia di laman Lazada.

OnePlus 6T kali ini hadir dengan imbasan cap jari dari dalam skrin, tiada bicu audio 3.5mm dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845. Selain itu, ia juga akan menggunakan sistem Android 9 Pie yang terkini dari dalam kotak.



Pra-tempah ini akan berlangsung dari 30 Oktober hingga 7 November. Namun, buat masa ini Mi Han Sdn Bhd yang merupakan pengedar rasmi OnePlus di Malaysia masih tidak mengumumkan harga pasaran peranti tersebut.

Dalam pada itu, OnePlus 6T ini akan dirasmikan pada hari Isnin, 29 Oktober jam 11 malam waktu tempatan. Peminat OnePlus yang ingin mengikuti siaran secara langsung majlis perasmian ini boleh berbuat demikian menerusi laman Youtube rasmi OnePlus pada tarikh dan waktu tersebut nanti.