OnePlus 6 Berkemungkinan Dijual Dengan Harga Melebihi RM 2,000

Peminat Android selepas ini mungkin akan menanti dengan penuh minat dengan kemunculan peranti OnePlus 6 yang dikatakan akan keluar dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Peranti OnePlus sentiasa dinanti kerana peranti mereka kerap dipilih oleh pengguna di luar sana kerana mempunyai kelengkapan setanding peranti perdana tetapi dijual dengan harga yang kadang kala separuh dari apa yang ditawarkan oleh Samsung dan Apple.

Untuk OnePlus 6, peranti ini hampir pasti akan menggunakan cip Snapdragon 845 dengan ruang RAM sebanyak 8GB dan ruang ROM dengan pilihan antara 64GB dan 128GB.

Untuk harga yang mungkin dijual pula, OnePlus 6 dikatakan akan dijual dengan harga bermula RM 2,180 ($555) untuk model 64GB dan RM 2,360 untuk model 128GB.



OnePlus 6 dijangka akan diperkenalkan pada 16 May dan akan mula dijual di pasaran India seminggu selepas itu.