OnePlus 5T Masih Mengekalkan Bicu Audio 3.5mm

Walaupun ketika ini kebanyakkan telefon pintar acah-acah mengikuti 'inovasi' yang dibawakan iPhone 7 tahun lepas dengan tidak menyertakan bicu audio 3.5mm, tetapi OnePlus tidak akan mengikuti jejak langkah yang diambil iPhone atau baru-baru ini Google Pixel 2.

Melalui satu kiriman di akaun Twitter mereka, OnePlus memberi teki teki tentang persamaan yang dimiliki oleh peranti mereka. Secara jelas, ianya adalah bicu audio 3.5mm.

[embed]https://twitter.com/oneplus/status/925709162994073600[/embed]

OnePlus 5T mula memperlihatkan rekabentuknya dengan beberapa imej yang tersebar melalui akaun Twitter CEO OnePlus Carl pei semenjak minggu lepas.

Peranti baru ini bakal dijadualkan pelancarannya pada 16 November ini.