OnePlus 5T Edisi Star Wars Mula Dijual Dipasaran Tempatan

Bulan Disember tahun lalu memang dinanti-nanti oleh peminat Star Wars tempatan kerana siri filem angkasa popular itu mula ditayangkan dipawagam Malaysia.

Dalam bulan yang sama, OnePlus turut mengambil peluang memperkenalkan model istimewa OnePlus 5T versi Star Wars tetapi dipasarkan terhad dibeberapa buah negara sahaja.

Terbaru, model istimewa itu dikatakan sudah mula dijual di dalam negara sebagai set import dan waranti ditanggung oleh penjual.



Disenaraikan di Lazada oleh penjual, G Store, OnePlus 5T Star Wars ditawarkan pada harga RM2799.

Dari segi spesifikasi ia masih sama seperti versi standard namun sedikit berbeza bagi kemasan diluar dengan tertera logo Star Wars dibahagian belakang, beserta wallpaper dan antaramuka dibahagian sistem.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=27&v=9II-OyakdxE

Sumber: Amanz via Lowyat.net