OnePlus 5T Dalam Pembikinan Untuk Keluaran Musim Luruh

Satu khabar angin mengatakan yang pihak OnePlus sedang menyiapkan satu versi OnePlus terbaru yang dikatakan akan keluar pada bulan November tahun ini. OnePlus melakukan perkara yang sama sebelum ini untuk OnePlus 3T yang dilancarkan 5 bulan selepas peranti OnePlus 3.

Peranti OnePlus 5 sudah menjadi pesaing hebat untuk kategori telefon pintar utama terutamanya dalam spesifikasi peranti yang tinggi dengan harga jualan yang lebih rendah berbanding pesaing-pesaing lain.

Dengan perkakasan yang baik sudah ditawarkan untuk OnePlus 5, peminat masih berteka-teki tentang apa yang akan ditawarkan untuk OnePlus 5T nant. Ada yang mengatakan yang OnePlus akan menaik taraf rekaan peranti mereka dnegan skrin paparan 6 inci dengan nisbah aspek 18:9.



Satu kelemahan yang didapati untuk OnePlus 5 adalah resolusi paparan masih menggunakan HD penuh walaupun sudah menggunakan skrin AMOLED. OnePlus juga mungkin akan mengurangkan bezel peranti mereka dengan melengkungkan skrin mereka sama seperti peranti telefon pintar utama Samsung.