Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 5 Mungkin Terima Ciri Face Unlock Menerusi Kemaskini Android Oreo 8.0

OnePlus 5 Mungkin Terima Ciri Face Unlock Menerusi Kemaskini Android Oreo 8.0

Diterbitkan November 25, 2017 oleh Helmi Samsuri

Program beta Android Oreo 8.0 bagi OnePlus 5 dikhabarkan akan bermula tidak lama lagi, namun kini terdapat perkhabaran mengatakan sudah ada pengguna peranti tersebut mendapat akses awal kemaskini Android Oreo 8.0 Beta 2.

Berdasarkan imej yang tertiris dibawah, ia memberi gambaran bahawa kemaskini Android Oreo 8.0 beta 2 bakal membawakan fungsi nyahkunci menggunakan wajah yang akan dikenali dengan nama Face Unlock.

OnePlus 5 Mungkin Terima Ciri Face Unlock Menerusi Kemaskini Android Oreo 8.0

Ciri Face Unlock telah disahkan kehadirannya pada model OnePlus 5T oleh salah seorang pengasas syarikat itu, Carl Pei di laman OnePlus Forum baru-baru ini. Dalam sesi temubual itu, Pei menyatakan OnePlus 5 tidak akan dilengkapi dengan ciri Face Unlock kerana sudah mempunyai ciri pengimbas cap jari.

Kesimpulan yang dapat dibuat untuk masa sekarang adalah kemungkinan ciri Face Unlock itu hanya ada diuji pada versi beta sahaja dan tidak akan dibawa kepada ROM stabil. Selain daripada itu, OnePlus turut membawakan beberapa ciri lain kepada OxygenOS.

Diramalkan OnePlus 5 akan menerima kemaskini Android Ore0 8.0 bermula Januari 2018.

Sumber: Techdroider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY