OnePlus 3 Dan 3T Menerima Kemaskini Rasmi Android Oreo Dengan OnePlus 5 Dan 5T Bakal Menyusul

Ini merupakan bulan yang sibuk bagi pembuat telefon pintar dari China, OnePlus. Selepas mereka melancarkan peranti telefon pintar terbaru mereka iaitu OnePlus 5T, mereka tidak melupakan peranti lama mereka, OnePlus 3 dan 3T.

Kedua-dua peranti tersebut sudah menerima kemaskini Android Oreo melalui Program Beta OnePlus secara terbuka. Mulai semalam, kemaskini Android Oreo yang rasmi sudah boleh didapati melalui OTA. Untuk mereka yang belum mendapat kemaskini melalui OTA, anda bolehlah ke Tetapan>Kemaskini Sistem>Periksa Kemaskini.

Kepada peranti yang sudah berada dalam program beta, tiada perbezaan ketara dapat dilihat cuma versi Android Oreo ini adalah stabil.

Untuk peranti OnePlus 5 pula, Program Beta Android Oreo dijangka akan menemui anda pada bulan dan versi stabil pada awal tahun baru. OnePlus 5T pula didatangkan dengan versi Android Nougat dari dalam kotak dan mungkin akan mengambil masa sedikit bagi mendapatkan sistem operasi versi Android Oreo.

Sumber