OnePlus 3 Dan 3T Bakal Dikemaskinikan Dengan Android P

OnePlus 3 dan 3T hampir menjangkau usia 2 tahun sejak ia pertama kali dilancarkan pada 2016 lepas.

Pelbagai respon diterima OnePlus daripada pengguna dimana sebelum ini khabar angin mengatakan kedua-dua model terbabit akan dinaik taraf kepada Android Oreo.

Namun setelah perbincangan dan penilaian dibuat, pihak OnePlus telah membuat keputusan untuk menaik taraf OnePlus 3 dan 3T kepada Android P, sistem operasi terbaru dari Google.

Naik taraf tersebut dilihat dapat menawarkan lebih banyak ciri menarik kepada pemilik OnePlus 3 dan 3T berbanding apa yang terdapat pada Android Ore 8.1.

Kemaskini Android P bakal menemui OnePlus 6 terlebih dahulu, dituruti OnePlus 5 dan 5T, kemudiannya barulah OnePlus 3 dan 3T.

Sumber: OnePlus