OnePlus 3 Dan 3T Akan Dikemaskini Dengan Android O

Google telah pun melancarkan preview pembangun kedua untuk sistem operasi mereka yang terbaru iaitu Android O.

Syarikat itu belum lagi mengumumkan tarikh rasmi untuk sistem operasi itu tersedia untuk orang ramai.

Namun begitu, pembuat telefon pintar dari China, OnePlus telah mengesahkan yang peranti popular mereka, OnePlus 3 dan 3T akan menerima kemaskini Android O.

Sistem operasi terbaru itu mempunyai ciri-ciri yang menarik seperti FluidExperiences, Picture-in-Picture, Smart Text Selection, Auto-Fill dan Notification Dots.

Pengasas dan CEO OnePlus, Pete Lau telah mengumumkan perkara itu di Twitter tetapi tidak mengumumkan bila tarikh sistem operasi itu akan sampai ke peranti tersebut.



A lot of you have been asking, so I'm proud to say Android O will come to OnePlus 3 and 3T.


— Pete Lau (@petelau2007) May 31, 2017




Preview pembangun ketiga akan dikeluarkan pada pertengahan Jun dan versi penuh dijangka akan keluar pada bulan Ogos.

Sumber