OnePlus 3 Akan Dinaik Taraf Dengan Pemproses Baru Snapdragon 821





OnePlus dikhabarkan akan menghentikan pengeluaran OnePlus 3 dalam usaha untuk memberi laluan kepada model terbaru mereka iaitu OnePlus 3s atau OnePlus 3 Plus. Syarikat yang berpangkalan di China tersebut mengumumkan mereka sedang berusaha untuk tampil dengan model OnePlus 3 terbaru dimana ianya akan memiliki pemproses Snapdragon 821 berbanding model ketika ini yang menggunakan Qualcomm Snapdragon 820



Antara penambahbaikkan yang lain adalah rekaan paparan. Model terbaru ini akan dibina dengan panel LCD berbanding AMOLED mengikut laopran dari laman web GizmoChina.OnePlus CEO Pete Lau juga baru-baru ini telah memberi tanda-tanda bahawa mereka akan membawa sistem operasi Android Nougat untuk peranti OnePlus 3 mereka di dalam masa terdekat ini.



Sama-sama kita nantikan.