One Tap Messages Untuk Windows Adalah Aplikasi Terbaru Dari AdDuplex Garage

Awal bulan ini, AdDuplex telah memulakan AxGarage untuk berkongsi peralatan dalaman mereka sendiri dengan pengguna Windows 10. Berikutan pelancaran dua aplikasi Windows 10 UWP; Random Tools dan One Tap Reminders, Windows Store telah mengumumkan pengeluaran aplikasi One Tap Messages. Ia merupakan aplikasi pemesejan yang membolehkan pengguna menulis template mesej dan menghantar sms generik, e-mel dan mesej yang lain dengan hanya sekali sentuh.



Aplikasi ini boleh didapati untuk kedua-dua Windows 10 dan Windows 10 mobile dan dibawah merupakan kenyataan rasmi yang dipetik dari laman rasmi Microsoft:



"Hantar SMS, e-mel dan pelbagai mesej dengan hanya sekali sentuhan dari skrin anda. Tulis template mesej untuk mesej yang kerap kali anda gunakan. One Tap Messages membantu anda menulis dan menghantar mesej dengan mudah dan pantas. Ia membolehkan anda untuk pin mesej anda ke Start Screen dan menghantar ia dengan sekali sentuh."






Menerusi blog yang mengumumkan berita ini, CEO AdDuplex Alan Mendelevich menjelaskan dia menggunakan aplikasi ini untuk meletakkan keretanya di parkir di kawasan tempat tinggal beliau dengan menghantar teks mesej dengan format yang ditetapkan ke nombor yang dikhaskan. Menurut beliau, cara ini lebih pantas daripada menggunakan aplikasi parkir sedia ada yang tidak terdapat pada Windows Phone.





Secara keseluruhannya aplikasi ini kelihatan serba boleh dalam memanfaatkan Windows 10 dimana anda dapat menghantar mesej dalam pelbagai perkhidmatan termasuk aplikasi media sosial.





One Tap Message merupakan aplikasi percuma dan anda boleh mencubanya dengan memuat turun dengan cara menekan pautan dibawah. Kongsikan diruangan komen jika anda merasakan aplikasi pemesejan ini sebuah aplikasi yang menarik bagi peranti Windows 10 anda.









Sumber: WinBeta